Tempoh Percaya ‘Tiada PRN Johor Dalam Masa Terdekat’ Sudah Boleh Disimpan – UMNO
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari).
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.
Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022..