Jenayah

Teman lelaki dera anak kekasih berumur 3 tahun sehingga perut dan tengkorak pecah

Teman lelaki sanggup mendera anak kekasihnya yang berumur 3 tahun gara-gara muntah di atas sofa kesayangannya sehingga mati.

Suspek ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan reman bagi bantu siasatan kes dera terhadapan kanak-kanak berusia 3 tahun

Kejadian tersebut berlaku di Cheng, Melaka, difahamkan ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah teman lelakinya itu pada pukul 5.30 pagi.

Bagaimanapun 40 minit kemudian lelaki itu memaklumkan anaknya terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Melaka (HM).

Menurut Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, sebaik tiba di HM pada pukul 6.50 pagi, kanak-kanak itu dirawat di Zon Merah dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam, namun disahkan meninggal dunia pada 9.15 pagi.

“Pada pukul 10.30 pagi, mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HM dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan kepala dan badannya.

“Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku ada menendang mangsa secara agresif kerana muntah di sofa kesayangannya.

“Lelaki itu juga mengaku menekan perutnya juga dan menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai sehingga menyebabkan organ dalam perutnya dan kepala pecah.” Jelasnya.

Ibu mangsa 24 tahun dan teman lelakinya 25 tahun ditahan oleh pihak polis di hospital untuk siasatan lebih lanjut.

Keduanya itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.

Artikle berkaitan ;>

Ibu tunggal dan kekasih ditahan terlibat kes dera anak

Pergi bercuti dengan kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan berseorangan seminggu maut

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button