Nasional

Teksi motosikal Dego Ride mula beroperasi secara sah hari ini

TEKSI motosikal Dego Ride memulakan operasinya secara sah hari ini selepas diharamkan pada Januari 2017.

Pelancaran operasi Dego Ride disempurkan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sasaran 5000 orang anak muda akan memberikan perhidmatan tersebut.

Dego Ride telah diasaskan oleh seorang anak muda bernama Nabil Feisal Bamadhaj sejak November 2016 sebelum diharamkan oleh kerajaan pada masa itu.

“Saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengasas Dego Ride Nabil yang akan mengajikan 5,000 anak muda dengan gaji antara RM1500 hingga RM3000

“Nabil adalah idola anak muda yang berwawasan tinggi. Alhamdullilah hari ini kita menyaksikan teksi motosikal dilancarkan. Dego Ride bawah seliaan Nabil boleh maju kehadapan dengan cepat.

“Kita ingin memastikan bawa anak muda bermotor khususnya dapat diberikan peluang yang sekucupnya. Dan saya doakan Nabil dan team selamat maju jaya,” kata Syed Saddiq.

Dego Ride yang beroperasi menggunakan aplikasi maya ketika diperkenalkan amat popular dalam kalangan warga kota sebagai alternatif murah serta pantas untuk mengatasi masalah kesesakan di ibu negara.

Perkhidmatan itu yang menyamai “Gojek” di Indonesia dan “motorsai rap chang” di Thailand menawarkan tambang serendah RM2.50 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer dan tambahan RM0.60 bagi setiap satu kilometer berikutnya.

Perkhidmatan motosikal teksi itu telah diharamkan oleh kerajaan pada masa itu kerana bimbangkan keselamatan penumpang.

Bagaimanapun kualiti perkhidmatan Digo Ride telah dipertingkatkan dengan menetapkan penunggang hanya boleh membawa pembonceng yang sama jantina sahaja.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button