Luar Negara

Tehran nekad balas dendam, bakal cetus konflik baharu di Asia Barat

KETIKA perang di Syria sudah masuk tahun kelapan dan isu di Palestin tidak pernah selesai, rantau Asia Barat bakal berhadapan dengan konflik baharu apabila Iran bertekad menuntut bela atas kematian panglima perangnya Jeneral Qassem Suleimani.

Sejak berdekad Asia Barat dibayangi dengan konflik yang tidak berkesudahan, dan Amerika Syarikat (AS) memburukan lagi keadaan itu apabila membunuh Qassem melalui serangan dron.

Akibat tindakan AS itu, seluruh dunia kini heboh mengenai kemungkinan meletusnya Perang Dunia Ketiga, malah di Twitter hashtag #WWIII kini trending.

Kini Iran berikrar akan membalas dendam. Sebagai reaksi AS mengerahkan 3,000 anggota tambahan ke rantau itu, malah diplimat mereka sudah diarah meninggalkan Iran.

Sementara Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo telah memujuk para sekutu mereka supaya merestui tindakan AS itu.

Pada masa yang sama, AS masih meneruskan operasi ke atas sekutu Iran di Iraq dengan serangan udara dilaporkan dilakukan ke atas  Shia Popular Mobilisation Forces (PMF) di utara Baghdad awal pagi ini. Membunuh enam orang.

Di Syria dan Iraq ada yang gembira dengan kematian Qassem. Komander yang disifatkan sebagai kejam itu dikatakan dalang di sebalik kematian beribu-ribu orang awam, tetapi di seluruh dunia ia mencetuskan reaksi yang membimbangkan.

Pemimpin Agung Iran,  Ali Khamenei memerintahkan tiga hari berkabung dan mengisyhtihar AS akan berhadapan pembalasan yang teruk kerana membunuh Qassem, yang bertanggungjawab ke atas operasi Iran di Iraq dan Syria.

QASSEM SULEIMANI
QASSEM SULEIMANI

Pengganti Komander Pasukan Al Quds, Esmail Ghaani dipetik oleh al-Jazeera sebagai berkata: “Kami mahu memberitahu semua orang, bersabar dan lihat mayat-mayat warga Amerika di seluruh Asi Barat,”

Dalam ucapan ringkas di Florida, Presiden Donald Trump menggambarkan Soleimani sebagai pengganas nombor satu dunia dan mendakwa jeneral berusia 62 tahun itu merancangkan untuk menyerang pegawai dan diplomat AS.

Tetapi kata Trump, beliau tidak melihat adanya keperluan untuk melakukan perubahan rejim di Iran.

“Kami bukannya mahu memulakan perang,” katanya.

Kenyataan awal daripada Pentagon mengenai pembunuhan Qassem itu ialah mereka mahu menghalang serangan masa depan oleh Iran.

Tetapi, Pompeo kemudianya berkata, pembunuhan itu telah berjaya menggagalkan pelan serangan yang sudah digerakkan oleh Iran.

Qassem terbunuh di Baghdad apabila keretanya menjadi sasaran dron ketika sekutunya PMP sedang dalam perjalanan menghantarnya ke lapangan terbang.

Pemimpin PMF,  Abu Mahdi al-Muhandis  yang rapat dengan Qassem turut terbunuh. -TheGuardian

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button