Techcreate kuasai pasaran keselamatan siber melalui perkongsian strategik
TechCreate, Pembekal Pembayaran dan Perkhidmatan Terurus mengukuhkan kedudukan pasarannya melalui satu siri perkongsian strategik dan sokongan industrI.
Ketika mempamerkan penyelesaiannya di acara Perkhidmatan Digital Siber, Pertahanan dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2023, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TechCreate Lim Heng Hai berkata, “Kami ialah memperolehi perkongsian sebagai pembekal eksklusif dengan konsortium Penyelesaian Keselamatan Maklumat Lanjutan Korea (KAISS) yang berprestij yang bertujuan untuk menyampaikan penyelesaian keselamatan siber yang komprehensif dari Korea kepada masyarakat global.
“Mercu tanda pencapaian ini menyerlahkan kehadiran industri kami dan keupayaan kami untuk membentuk pakatan strategik bagi meningkatkan kelebihan daya saing kami.”
KAISS juga termasuk SecuLetter, NETAND dan Somansa, dengan lebih banyak penyertaan tidak lama lagi.
Menjawab kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika melancarkan CyberDSA 2023 bahawa Malaysia menghadapi kekurangan 12,000 pakar keselamatan siber, Ronald Vong, Ketua Pegawai Komersil Kumpulan TechCreate berkata, “Kami berbangga kerana telah diiktiraf sebagai salah satu pendidik keselamatan siber paling inovatif yang menyambut tinggi seruan kementerian untuk mengisi jurang pekerja pengetahuan keselamatan siber.”
TechCreate telah menerima anugerah Inovasi Pendidikan Keselamatan Siber Terbaik 2023 oleh YB Fahmi Fadzil di majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2023 anjuran CyberSecurity Malaysia.
Pada bulan yang lalu, TechCreate telah memenangi anugerah Penyedia Penyelesaian Keselamatan Siber Cemerlang dan Pembekal Gerbang Pembayaran Bank Cemerlang di satu lagi acara berprestij.
“Kami gembira memberikan pengiktirafan kepada TechCreate atas pencapaian mereka dalam bidang keselamatan siber. Industri ini mendapat manfaat yang besar dengan kehadiran perusahaan yang cemerlang seperti mereka kerana mereka menyumbang kepada peningkatan piawaian dalam sektor ini,” kata Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia.
Beliau menekankan peningkatan kerumitan landskap siber seperti yang diunjurkan oleh Tinjauan Keselamatan Siber Global 2023.
“Adalah amat penting bagi sesebuah organisasi untuk menangani kerumitan ini secara proaktif, mewujudkan rangka kerja daya tahan siber jangka panjang yang teguh dan memastikan operasi perniagaan tidak terganggu.
“Oleh itu, organisasi-organisasi harus melaksanakan langkah keselamatan siber strategik untuk mengurangkan kesan serangan siber, dengan memberikan tumpuan yang kuat kepada strategi-strategi tindak balas dan pemulihan.”
Pengaruh TechCreate diperluaskan kepada sumbangan komuniti dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk kerjasama Akademik, Penyelidikan dan Pembangunan baru-baru ini. Naib Canselor UTHM, Pof.Dr. Ruzairi Abdul Rahim, berkata, “Kita akan bersama-sama memupuk sebuah generasi pakar keselamatan siber akan datang sambil memupuk persekitaran pembelajaran dan inovasi yang dikongsikan bersama. Dengan merapatkan akademik dan industri, kami menyasarkan untuk melahirkan graduan yang sedia untuk pekerjaan.” – SM