Alam SekitarBencana alamLuar Negara

Taufan Yasa mengganas, badai Kepulauan Fiji

PENDUDUK Fiji dilanda musibah apabila Taufan Yasa membadai dan memusnahkan kediaman meeka sejak petang semalam. Dianggarkan kekuatan Taufan Yasa berkelajuan antara 150 kilometer sejam (kmj) sehingga 160 kmj.

Taufan itu turut menyebabkan kejadian tanah runtuh di Vanua Levu yang menjejaskan 140,000 penduduk. Pagi ini, dilaporkan keadaan ribut berserta angin kencang agak reda berbanding semalam. Sejak Rabu, dilaporkan ribut melanda dengan kekuatan 5 intensiti dengan kelajuan angin, 160 kmj.

Dianggarkan kira-kira 900,000 penduduk yang tinggal di kawasan sekitar, berhadapan dengan tanah runtuh dan kekuatan ribut yang melanda ialah kategori 3 intensiti yang mana dengan kekuatan ribut yang sama, Taufan Winston pernah melanda kepulauan itu sekitar tahun 2016.

Ketika kejadian, sekurang-kurangnya 40 nyawa terkorban dan ribuan mangsa tidak mempunyai tempat tinggal kerana rumah mereka ranap dibadai taufan.

Untuk rekod, pada awal tahun ini, Taufan Harold membadai dan meninggalkan kesan ke atas Fiji selain memusnahkan pulau kecil, Vanuatu. Setakat ini dilaporkan tiga ribut kategori 3 intensiti mengancam Fiji.

Menurut Agensi Meteorologi Fiji, Taufan Yasa berkemampuan membawa angin sederas 150 kmj, menjadikan ia ribut kategori 4 terkuat.

Pihak agensi memberi amaran agar orang ramai menjauhkan diri daripada bangunan berketinggian 10 kaki dalam keadaan cuaca buruk selain tidak mendekati kawasan yang mempunyai ketinggian 45 kaki.

“Kerajaan merayau kepada orang ramai agar segera berpindah mencari kawasan yang lebih tinggi. Kami menjangkan akan berlaku lonjakan ribut,” Pengarah Bencana Alam Fiji, Vasiti Soko. – SUMBER: THE WASHINGTON POST – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button