Nasional

Tarik semula keputusan keluarkan cecair vape dari Akta Racun – Pemuda UMNO

KERAJAAN digesa menarik semula keputusan mengeluarkan cecair vape yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun yang disifatkan satu tindakan yang tidak bijak pada ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh (atas) berkata kerajaan perlu meluluskan Rang Undang-undang Kawalan Tembakau yang akan merangkumi “Generational End Game” (GEG) untuk menghentikan generasi akan datang daripada merokok.

“Penarikan cecair yang mempunyai nikotin dari Akta Racun ini seolah lesen besar membenarkan rakyat Malaysia tanpa mengira umur untuk mengambil nikotin tanpa sebarang bentuk garis panduan.

“Rasional terhadap cadangan ini adalah Akta GEG perlu dilaksanakan terlebih dahulu barulah Kerajaan wajar mengeluarkan cecair vape yang bernikotin ini dari Akta Racun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian tegas agar cadangan yang dikemukakan ini dapat dipertimbangkan secara serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button