“Tanyalah Diana apa masalah dia? Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak,” Farid Kamil
SEDANG panas apabila Diana Danielle dilaporkan memfailkan perceraian namun suaminya, Farid Kamil menafikan wujudnya krisis rumah tangga antara dirinya dan isterinya itu.
Memetik portal BH Online Perlakon filem ‘Anwar’ itu menjelaskan isu tersebut langsung tidak mengganggu emosinya dan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran.
“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia. Ketika ini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulilah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.
“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk serta hidayah. Saya masih sayangkan Diana dan tentunya 2 cahaya mata kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Semoga kedua pasangan ini baik-baik sahaja dan mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
Artikle berkaitan :>