Acara

Tanjak bukan untuk ‘dilacurkan’, mari semarakkan semula Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos ini

PEMAKAIAN tanjak merupakan tradisi nenek moyang di tanah melayu sejak dahulu, walaupun sudah melalui peredaran zaman namun ia tetap harus dijaga jangan sampai ‘melacurkan budaya’ sehingga identiti kemelayuan hilang.

Terdahulu timbul kontroversi terhadap pereka fesyen di Malaysia dengan beraninya mengubah pakaian tanjak dengan fesyen yang tidak masuk dek akal!.

Menyedari hakikat itu, pereka fesyen Jonathan dan Farel Mikhail mengambil kesempatan menganjurkan acara Precious Of Malaysia dengan menyasarkan 1,000 orang bertanjak sempena ‘Hari Tanjak Malaysia’ pada 10 Ogos depan.

Pereka fesyen Farel Mikhail dan Jonathan yang juga penganjur FM Group bagi acara Precious Of Malaysia

‘’Kami ada melihat dan ada juga mendengar ada beberapa individu pun tidak suka, ada yang tidak sensitif tentang pemakaian tanjak, sesuatu yang harus kita junjung sepatutnya harus dijaga di kepala dan tidak boleh dibuat main-main.

‘’Walaupun inspirasi tapi ada limitnya pada suatu inspirasi sebab ia elemen tradisi jadi kita harap dengan ‘Hari Tanjak Malaysia’ ini kami nak mengangkat tanjak terus tinggi dengan memberitahu orang ramai bukan sekadar pemakaian orang melayu tetapi merupakan satu perpaduan kaum di Malaysia untuk bersama-sama keramaian bahkan satu warisan kebanggaan kita yang boleh ketengahkan.

‘’Bukan sahaja baju kebaya dan lain-lain tanjak juga harus kita banggakan dan memperkenalkan kepada generasi muda juga.’’ Katanya pada sesi sidang media yang berlangsung di Menara Affin, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Dalam masa yang sama, Precious Of Malaysia juga turut menganjurkan pertandingan rekaan fesyen sempena International Cultural Fashion Week (ICFW) yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos ini di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.


Menurut mereka lagi ICFW adalah platform untuk anak-anak muda berkarya terutamanya dalam menghasilkan busana tradisional atau kontemporari.

“Pertandingan ini lebih kepada memberi platform kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama. “Ini masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka. “Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen,” katanya.

ICFW tahun ini akan menampilkan kelainan bagi menaikkan lagi martabat budaya kita.
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.

“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari dalam dan luar negara.

“Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti songket tenun atau pun apaapa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan. “Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dari negara serantau,” tambahnya.

Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk. Antara penaja yang turut serta dalam Precious Of Malaysia adalah Affin Bank Berhad, Pavilion Damansara Heights, Vivo, MyCar dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan rekaan fesyen ini bolehlah hubungi FM Group (0123021681).

Artikle Berkaitan :>

Koleksi Lebaran 2024 ‘1001 Tales Of Ariani’ serlahkan inovasi dan kreativiti dalam industri fesyen tempatan

MFWS kembangkan usahawan wanita dan fesyen ke peringkat global

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button