Luar Negara

Tangguhkan hasrat melancong ke Australia

RAKYAT Malaysia yang ingin melancong ke Australia pada tahun ini diminta menangguhkan hasrat berkenaan sehingga tahun hadapan.

Ini kerana, negara itu diramal akan terus menutup sempadannya sehingga hujung tahun ini bagi mengelakkan penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, Menteri Perdagangannya, Simon Birmingham memaklumkan, kelonggaran akan diberi kepada pelajar dan juga ekspatriat.

Menurutnya, pelajar dan pengunjung jangka panjang yang masuk ke negara itu perlu menjalani kurantin.

Peraturan itu turut dikenakan kepada warganegaranya yang pulang dari negara lain.

BACA > Jangan ambil Dexamethasone sewenangnya untuk hindari Covid-19 — Suara Merdeka

“Kita boleh menjalani tempoh 14 hari kurantin dengan mudah memandangkan ia kaedah paling berkesan bagi membenarkan rakyat Australia pulang dari negara lain.”

AUSTRALIA
SIMON BIRMINGHAM

Kata Birmingham dalam satu kenyataan kepada media tempatan seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA) hari ini.

Laport portal itu lagi, kebenaran pulang bagi pelajar antarabangsa untuk kembali ke Australia dijangka akan mengurangkan impak kewangan akibat Covid-19.

Sejak pintu sempadan ditutup, sektor ekonomi pendidikan negara itu mengalami kerugian di samping institusi di sana turut berhadapan dengan masalah kewangan.

Pendidikan antarabangsa di negara itu merupakan penyumbang keempat terbesar dalam perdagangan matawang yang bernilai 38 Bilion Dolar Australia (RM112 bilion).

Terkini, Australia catat jumlah pesakit Covid-19 seramai 7,367 dan kematian 102 orang. Bagi kes pulih pula seramai 6,870 direkodkan.

Angka tersebut adalah keseluruhan selepas 12 pesakit baharu dilaporkan positif hari ini.

BACA > Jururawat bunuh lapan warga emas ditahan — Suara Merdeka

Australia dilaporkan sebagai negara yang berjaya menyekat penularan mendadak pandemik berkenaan apabila menutup sempadan antarabangsa dan menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button