Nasional

Bayaran balik PTPTN ditangguh hingga Disember ini

GRADUAN peminjam Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menarik nafas lega penangguhan bayaran balik dilanjutkan sehingga Disember ini.

Penangguhan itu dilaporkan selaras dengan pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Justeru, langkah penangguhan ini dilihat sebagai usaha bagi membantu rakyat dan menyokong perniagaan ketika negara sedang berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Pemberian ini diberikan secara automatik kepada semua graduan bagi tempoh tiga bulan lagi bermula Oktober ini.

“Selaras dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam.

BACA > ‘Api marak…bumbung meletup’ – Suara Merdeka

“Lanjutan penangguhan bermula 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

“Penangguhan ini melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta. Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.

“Ini adalah antara langkah yang diambil Kerajaan di bawah pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, bertujuan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.”

Kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau juga mengalu-alukan peminjam yang ingin meneruskan bayaran seperti biasa.

Menurutnya, pembayaran masih boleh dilakukan menerusi saluran dalam talian seperi yang disediakan.

BACA > Mampukah BERSATU berdiri sendiri tanpa sekutu? – Suara Merdeka

“Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik.

“Tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

“Sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian.

“Melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan,” jelasnya.

https://www.facebook.com/DrNorainiAhmad/photos/a.320135571447065/2914002982060298/?type=3&theater

Justeru, beliau berharap dengan lanjutan penangguhan ini dapat meringankan beban peminjam khususnya mereka yang terjejas akibat Covid-19.

BACA > Risiko pengulangan PKP : Warga asnaf disaran segera buka akaun bank – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

Termasuklah mereka yang kehilangan pekerjaan, mengalami pengurangan gaji serta perniagaan terjejas ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPTN.

“Yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

“Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

BACA > Felda perlukan strategi radikal – Tok Mat – Suara Merdeka

“Atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my,” ujarnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button