KemalanganLuar Negara

Tak sempat sambut cahaya mata, bakal bapa maut majlis “gender reveal” bertukar tragedi

Seorang lelaki yang bakal menjadi bapa maut setelah alat yang direka sempena majlis mendedahkan jantina anaknya atau lebih dikenali sebagai majlis “gender reveal” dilaporkan meletup.

Christopher Pekny, 28, pada ketika itu sedang memasang alat itu di sebuah bandar di Liberty, New York sebelum ianya meletup tepat sebelum jam 12 tengah hari pada Ahad lalu.

Menurut pihak polis, tragedi yang menyayat hati itu turut mencederakan adik lelaki Pekny, Michael Pekny, 27, sehingga dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis New York bagaimanapun belum menyatakan alat apa yang menyebabkan letupan itu berlaku manakala Unit Pelupusan Bom sedang menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis negeri memberitahu New York Times bahawa alat itu terdiri daripada beberapa jenis paip namun tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Abang sulung Mr Pekny, Peter Pekny Jr pula berkata, dia menggambarkan apa yang berlaku sebagai “kemalangan paling pelik yang pernah dia bayangkan”.

Dia turut mengatakan yang dia tidak tahu apa yang menyebabkan letupan itu berlaku.

Kematian itu adalah yang terbaru dalam rentetan bencana yang berkaitan dengan majlis sedemikian dalam beberapa tahun kebelakangan.

Terdahulu, dua majlis “gender reveal” telah mencetuskan kebakaran di hutan California pada September tahun lalu dan di Arizona pada April 2017.

Majlis “gender reveal” merupakan majlis yang sering dilakukan oleh pasangan bakal ibu bapa sebelum menyambut ketibaan cahaya mata untuk mengumumkan sama ada mereka bakal memiliki anak perempuan atau lelaki.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button