KesihatanNasionalPenyakit

Tak perlu pakai pelitup muka di tempat tertutup, berkuatkuasa serta merta

KECUALI sakit, orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka atau face mask apabila berada di tempat tertutup dan ia berkuat kuasa serta merta.

Orang ramai yang berada dalam kenderaan awam seperti bas, teksi, Grab, pesawat, keretapi atau hospital serta rumah penjagaan bagaimanapun masih perlu memakai pelitup muka. kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

“Peraturan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan kawasan tertutup, berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilik premis masih mempunyai hak untuk memutuskan sama ada pelanggan mereka perlu memakai pelitup muka – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button