Politik

“Tak pe lah orang tak suka saya, tapi saya yakin jentera saya di Pagoh” -Tan Sri Dato Haji Muhyiddin

Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin tidak kisah tentang apa yang pihak lain meramal dan mengatakan dirinya bakal dikalahkan di Parlimen Pagoh.

“Orang tak suka saya, kalau tak ramal pun biarlah saya kalah, namun saya berada di sana setiap hari dan saya yakin dengan jentera saya, saya sudah lama di Pagoh, Johor selama hampir 40 tahun malah orang pagoh sendiri tahu apa yang telah saya lakukan.

“Saya yakin dan percaya sebahagian besar daripada pengundi di Pagoh, Melayu, Cina, India dan Orang Asli akan membantu untuk menyokong saya dan meneruskan peranan saya sebagai Ahli parlimen di Pagoh,”. Katanya dalam mesyuarat majlis tertinggi Perikatan Nasional.

Jelasnya lagi, walaupun ada yang mengatakan beliau akan menang dengan cemerlang atau dikalahkan teruk, bagi dirinya ini merupakan sumber motivasi untuk bertanding kerana orang-orang Pagoh mengharapkan beliau bakal menang dalam PRU15.

Dakwaan itu berpunca dari group Whataspp ada pihak yang merancang bahawa Muhyiddin dan beberapa pemimpin lain dalam bersatu akan dikalahkan dalam PRU15.

Di pagoh, mempunyai 3 penjuru, Muhyiddin bakal berlawan Datuk Seri Razali Ibrahim Barisan Nasional dan Iskandar Shah Abd Rahman calon Pakatan Harapan.

Dalam pada itu Parti perikatan Nasional pada hari ini memperkenalkan handbook untuk masyarakat India yang berjudul ‘Valimai’ (The Streght), buku ini bermaksud kekuatan dalaman tentang usaha usaha murni yang dilakukan oleh bekas Perdana menteri itu semasa pandemic COVID-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button