Luar Negarapilihan

Tak Isytihar Beli Sandwic Dekat Singapura, Wanita Didenda RM8,000!

Seorang wanita Australia didenda 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) hanya kerana tidak mengisytiharkan sandwic Subway yang dibelinya di Singapura.

Jessica Lee berkata, denda itu dikenakan kerana melanggar undang-undang biosekuriti Australia.

“Saya perlu membayar denda sebanyak 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) untuk sandwic Subway dari Singapura,” katanya menerusi video di TikTok.

Dia baru tiba di Perth selepas bercuti di Eropah dan transit dalam penerbangan pulang di Singapura.

Katanya, dia membeli sandwic berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kerana lapar selepas menempuh perjalanan selama 11 jam.

“Saya sudah makan satu sandwic sebelum penerbangan kedua dan menyimpan bakinya untuk penerbangan pulang,” katanya.

Namun, dia tidak sedar keperluan mengisytihar barangan dibawa termasuk sandwic berkenaan.

Katanya, dia perlu membayar denda itu dalam tempoh 28 hari sedangkan dia tidak lagi bekerja dan perlu membayar sewa.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia mengenakan denda kepada pelancong yang melanggar Akta Biosekuriti, sekiranya gagal mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu mengenai barangan larangan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button