Nasional

Cetusan semangat patriotisme dan sejarah melalui maya

HARI ini segala maklumat boleh diperoleh di hujung jari,  dengan sebahagian besar generasi muda kini beralih kepada pembacaan secara dalam talian.

Perubahan ini berlaku tanpa disedari, dengan bahan bacaan secara fizikal tidak lagi menjadi pilihan.

Dalam erti kata lain, bahan-bahan berkaitan sejarah juga kini boleh diperoleh dalam talian atau secara maya.

Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 pada 31 Ogos ini serta Bulan Kemerdekaan, rakyat Malaysia boleh menyemat semangat cintakan negara melalui pelbagai cara.

Saban tahun, sempena Bulan kebangsaan, ia memberi   makna tersendiri kepada rakyat Malaysia, yang diterjemahkan melalui pemilihan logo dan tema sambutan. Logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan simbol dan elemen penting dalam pembinaan sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya.
Majlis pelancaran logo dan tema ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik, sekali gus untuk menyebarluasan pemakaian logo dan tema kepada semua pihak.

Majlis pelancaran logo dan tema HKHM 2022 ini juga merupakan permulaan publisiti ke arah Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 30 Julai ini.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia pada  30 Julai di Dataran Putra, Putrajaya, akan dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Majlis Pelancaran ini menggabungkan konsep aspirasi ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ iaitu keharmonian dan kebersamaan rakyat Malaysia serta nilai rasa patriotisme melalui kibaran Jalur Gemilang, yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti kenegaraan yang diatur.

Program yang berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga merupakan suatu inisiatif bagi mendokong aspirasi Keluarga Malaysia. Program berjalan beramai-ramai ini membawa mesej mengenai  semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penganjur akan memberi fokus kepada dua program besar dan menarik pada hari pelancaran iaitu “Program Berjalan Teguh Bersama” dan “Flag Off Kembara Merdeka Keluarga Malaysia” (KKM2022), dengan seramai anggaran 10,000 peserta mengambil bahagian.

Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ sejauh 2.7 kilometer bermula dari Dataran Putra, dan melalui beberapa checkpoint iaitu:

 Dataran Putra – Kementerian Wilayah Persekutuan – Monumen Alaf Baru – Jabatan Pendaftaran Negara – Istana Kehakiman (terakhir)

Perincian:

Checkpoint  Pelepasan: Dataran Putra – KWP (1km)

Checkpoint 1: KWP – Monumen Alaf Baru (1km)

Checkpoint 2: Monumen Alaf Baru – Istana Kehakiman (700m)

Di setiap checkpoint, pelbagai aktiviti menarik dilangsungkan seperti persembahan muzik Irama Gema Asal, Irama Borneo, persembahan pancaragam sekolah, maskot-maskot Upin Ipin dan BoboiBoy, selain menjadi lokasi  kaunter edaran air untuk peserta.

Flag off Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 9.45 pagi, di Dataran Putrajaya (lokasi penamat Program ‘Berjalan Teguh Bersama’/ di hadapan Istana Kehakiman)

Upacara flag-off Kembara Merdeka Keluarga Malaysia pula  berkonsepkan “Pass Baton” dengan peserta membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara, dengan acara penyerahan baton dilakukan  di setiap sempadan negeri di seluruh negara.

PKKM2022 akan menjelajah ke seluruh negara, melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak serta WP Labuan, bermula dari 30 Julai 2022 di Putrajaya dan berakhir pada 31 Ogos 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Program pada tahun ini akan melibatkan penyertaan kenderaan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kelab permotoran daripada pelbagai latar belakang. Kembara ini turut  menonjolkan keunikan di setiap hentian bagi mengetengahkan keunikan budaya, makanan, tarikan  serta gaya hidup setempat komuniti Keluarga Malaysia, di setiap lokasi.

Konvoi keseluruhan KKM2022 melibatkan 412 jentera yang berbaris sepanjang 225 barisan, melibatkan 600  peserta.

Untuk itu, rakyat Malaysia dijemput memeriahkan sambutan tahun ini, terutama yang tinggal di sekitar Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. “Datang Awal, Daftar Awal” pada 30 Julai 2022 nanti;

Bawa ahli keluarga masing-masing untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Rakam momen-momen sambutan bersama Keluarga Malaysia dan muat naik di media sosial masing-masing. Jangan lupa, tanda palang atau hashtag selaras dengan tema HKHM tahun ini – Keluarga Malaysia Teguh Bersama, jangan lupa #

#KeluargaMalaysiaTeguhBersama

#TeguhBersama

#KeluargaMalaysia

Seluruh rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara mahu pun luar negara, boleh menyaksikan siaran langsung acara sambutan melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Malaysia, Facebook Merdeka 360 dan Facebook Jabatan Penerangan Malaysia.

Tidak lupa juga untuk rakyat Malaysia dalam negara, pastikan menonton Siaran Langsung majlis pelancaran ini di TV1, RTM dan juga stesen-stesen TV penyiar utama yang lain.

Jangan lupa layari, Portal Merdeka 360 iaitu www.merdeka360.com.my yang merupakan hub kepada informasi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button