Siapa tak kenal Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO? Sebut sahaja namanya, bayangan seorang lelaki berusia yang suka bergurau kasar pasti menjelma.
Khabarnya dengan gaya Tajuddin yang bersahaja itu menjadi idola orang muda sepanjang zaman apatah lagi kehebatannya yang akan mempersoalkan sesiapa sahaja yang mengusiknya.
Sesungguhnya keperibadian ini tiada pada pemimpin lain. Hanya mampu diserlahkan oleh Tajuddin sahaja dan ramai pihak lawan berpendapat Tajuddin wajar kekal dalam arena politik.
Ditambah pula dengan sidang media semalam berkait dengan kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (
Manakan tidak? Gurau nakalnya yang menyebut, “Normal.. only the two cars together. They kiss each other!” mampu membuatkan seluruh pencinta Tajuddin terpana.
Ini tidak lagi termasuk dengan kelantangannya memperjuangkan bangsa Melayu dengan mengherdik wartawan dari bangsa lain dengan berkata, “China? No wonderlah!”.
Sesungguhnya.. ini baru sedikit kemampuan Tajuddin yang terpapar dan berjaya dirakam. Anggaplah ia adalah sebagai panduan kepada seluruh umat manusia mutakhir ini.
- Berita parodi
P/s : Baca dengan mata hati. Jangan jadi pembaris besi. Tahniah jika anda seseorang yang baca isi. Bukan jenis baca tajuk lepas tu komen membabi-buta!