Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

HARI ini rakan-rakan yang menganut agama Buddha menyambut Hari Wesak. Bagaimanapun, agak sepi dan sunyi sambutan Hari Wesak jika dibandingkan dengan beberapa tahun lalu atau lebih khusus, sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

Mungkin peringatan kepada rakan-rakan penganut agama Buddha, jika mereka tidak dapat pergi ke kuil untuk upacara keagamaan, bertabahlah kerana kesihatan lebih penting.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang lebih buruk bakal melanda kita semua, lebih baik kita semua duduk dalam rumah.

Berikut dikongsi ucapan selamat menyambut Hari Wesak oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut kenyataan Istana Negara menerusi laman sosial rasmi Facebook, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna buat mereka yang menganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan bersama berdisiplin mematuhi SOP PKP,” titah Seri Paduka Baginda berdua. – SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button