Negeri

Tahniah Subang Jaya jadi bandar raya

Subang Jaya secara rasmi diisytihar sebagai bandar raya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa hari ini.

Beliau turut mengumumkan Presiden MPSJ Noraini Roslan telah dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa serta-merta.

“Semoga dengan pemasyhuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

“Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” kata Amirudin dalam satu kenyataan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button