AgamaBelang BertempatNasionalPolitik

Tabung Haji Wajar Biarkan Bank Negara Urus Dan Yakin ‘Bank Global’ Tak Kacau Hak Islam?

Jika suatu masa dahulu Raja-raja di Tanah Melayu tidak membuka peluang langsung untuk menerima ‘penasihat’ British, sudah pasti amalan serta budaya Melayu dan Islam dapat diperhebatkan.

Namun sejarah membuktikan penerimaan penasihat British dengan cara menandatangani perjanjian persahabatan ibarat satu pelacuran sosial di peringkat yang tertinggi hanya untuk hidup yang aman.

Tak pasal-pasal alam Melayu di Nusantara yang cukup teragung pada suatu masa dahulu terpaksa tunduk kepada alam Komanwel yang sangat ikhlas untuk hancurkan Islam secara halus dan strategik.

Sudahnya.. orang Melayu terpaksa ‘rela hati’ untuk terima Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani antara Raja-raja dengan wakil Baginda Queen, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray.

Mahu Sejarah Berulang?

Dari situ kita dapat belajar walaupun orang Melayu memiliki alam Melayu itu sendiri di benua nusantara ini, sekali kita buka ruang kepada penjajah, habis nilai, norma, budaya, pendidikan dan agama dilacurkan.

Benar kita masih ada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja, cuma inilah antara institusi yang tinggal untuk rakyatnya teguh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan berkaitan dengan aspek kewangan bakal-bakal haji, bukannya urusan pengangkutan dan penginapan.

Di manakah relevannya TH untuk dijadikan sebagai institusi kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)?

Urusan Tabung Haji ini berkait dengan simpanan umat Islam yang ingiin menunaikan ibadah dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat jelas serta langsung tidak boleh dikompromi.

Biar pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai kuasa ke atas TH terutama dari segi operasi dan penyelarasan jemaah haji, tindakan mahu ‘melacurkan’ TH sangat memalukan.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak harus melihat pemusatan kuasa yang terlalu besar oleh individu atau pihak ke atas TH dikhuatiri boleh membuka jalan kepada ketidakcekapan tadbir urus.

Sebaliknya pandang lebih jauh apa lagi keistimewaan atau aset yang tinggal pada umat Islam di bumi Melayu ini? Takkan mahu ikut perangai orang lama yang hilangkan harta benda orang Melayu atau orang Islam?

Bagilah Alasan Bijak Sekali Pun, Zaman Ini Rakyat Tak Bodoh

Jika Zulkifli tegas dengan mengatakan Pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas TH sama sekali tidak akan menghakis hak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam ke atas TH, apa bezanya kalau TH diserahkan untuk seliaan Kementerian Kewangan pada zaman Pakatan Harapan dahulu?

Jawapannya tetap sama.. melepaskan aset umat Islam kepada satu sistem global yang ada campur tangan Yahudi, New World Order atau susur galur Rothschild secara undang-undang, nilai Islam itu dibunuh sekali lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button