NegeriRencah Hidup

Syok mengopi di Richiamo UniMAP tengok muka sendiri pada muka cawan

SYOKNYA apabila mengopi apabila berpeluang menikmati wajah sendiri di permukaan minuman ini. Lagi seronok kalau setiap cawan kopi yang ada wajah masing-masing ini dilihat ketika mengopi bersama dengan rakan atau keluarga.

Sambil minum kopi lihat wajah sendiri.

Biar agak lama bersembang supaya wajah sendiri itu tidak lenyap dengan cepat dari permukaan kopi.

Jika ingin menikmati keseronokan mengopi sambil melihat wajah sendiri, segeralah ke Richiamon Kafe bersebelahan dengan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN), Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Arau, Perlis.

Pengerusi Empire Coffee Works yang menguruskan Richiamo UniMAP, Borhan Abu Samah berkata, pihaknya kini sedang memperkenalkan permukaan kopi yang dicetak dengan wajah sendiri atau sesiapa yang disukai.

Katanya, cetakan seperti ini sesuai untuk kopi panas yang bersusu.

Beliau berkata, promosi percuma ini tamat sehingga penghujung bulan ini.

Mesin khas cetak muka di permukaan kopi hanya ada di Richiamo Kafe UniMAP Pauh, Perlis.

“Selepas itu cetakan wajah ini akan dikenakan bayaran RM5 bagi setiap cawan,” katanya.

Richiamo Kafe Cawangan Ke-88 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 21 Ogos lalu.

Baginda juga berkenan minum kopi yang dicetak dengan wajah sendiri pada majlis berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button