JenayahNasional

Syed Saddiq tinggalkan Parlimen awal kerana dipanggil SPRM

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memaklumkan terpaksa meninggalkan sidang Parlimen lebih awal kerana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebooknya tadi, namun tidak menyatakan secara lanjut mengenai tujuannya ke pejabat SPRM.

“Saya perlu meninggalkan Parlimen awal sikit hari ini kerana telah dipanggil ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

“Sedia dan sentiasa berikan kerjasama penuh dengan SPRM.

“Saya, ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya juga telah lama mengisytihar harta untuk menjamin ketelusan kami semua.

BACA > Sudah dipinang, Mira Filzah sedia bergelar isteri — Suara Merdeka

“Sentiasa berlaku jujur dan berani kerana benar. Semoga urusan saya dan SPRM hari ini dipermudahkan.”

Demikian kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang sebelum ini menghadiri sidang Mesyuarat Kedua Penggal ke-3, Parlimen ke-14 hari ini.

Sementara itu, SPRM diminta peguam Syed Saddiq, Rafique Rashid Ali supaya mempertimbang keperluan anak guamnya menghadiri sidang Parlimen.

https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/photos/a.1130739937005031/3091713870907618/?type=3&theater

Menurutnya, Syed Saddiq merupakan seorang Ahli Parlimen dan perlu hadir ke Dewan Rakyat bagi membahas dan mengundi usul penting.

“Usul-usul penting akan dibahaskan termasuk salah satunya (usul) tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

BACA > Sudah dipinang, Mira Filzah sedia bergelar isteri — Suara Merdeka

“SPRM mesti memahami bahawa sekurang-kurangnya, beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Beliau tidak boleh dilarang menghadiri Parlimen. Ini memberikan contoh yang tidak baik.”

Kata Rafique dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Kehadiran Syed Saddiq ke pejabat SPRM dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiasatan terhadap sejumlah wang yang hilang di rumahnya.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung kehilangan sejumlah wang bernilai RM250,000 dari peti besi rumahnya.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya yang menahan seorang pemimpin kanan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada 2 Jun.

Penahanan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan wang dirumah Syed Saddiq pada 25 Mac lalu.

BACA > Kehilangan wang di rumah Syed Saddiq: SPRM tahan pemimpin Armada — Suara Merdeka

Berikutan kes tersebut SPRM membuka kertas siasatan dan Syed Saddiq juga sudah dipanggil memberi keterangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button