Politik

Syed Saddiq kumpul RM55,000 selepas 24 jam berlari

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul RM55,000 selepas 24 jam beliau memulakan larian dalam misi ‘Langkah Muar’ sejak Jumaat.

Dalam hantaran di Facebook, beliau bermula di Jambatan Muar dan berhenti rehat di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.

“Ramai yang sanggup tunggu di tepi jalan. Dari yang tua ke yang muda. Berbilang bangsa dan agama. Bila kaki nak cramp (kejang), dengar je sorakan sahabat semua hilang terus cramp dan semangat naik semula,” katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.
Ia sebagai desakan kepada kerajaan supaya memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button