Politik

Syed Saddiq, Kulasegaran diminta buat group whatsapp selesaikan isu kerja

MENTERI Belia dan Sukan,  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mentei Sumber Manusia, M Kulasegaran diminta membuat kumpulan whatsapp bagi membincangkan soal menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Ini bagi membolehkan mereka berbincang dan membentuk satu penyelesaian yang mampan dengan kerjasama pihak swasta bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang baru hendak bekerja .

Pada masa sama mereka juga dapat mencari jalan menyelesaikan isu penangguran yang sedia ada dalam pasaran.

Malah setelah hampir dua tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan, pernahkah Kulasegaran dan Menteri Ekonomi Mohamed Azmin Ali tidak pernah duduk semeja dan berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara secara serius?

“Apabila dilihat daripada laporan suku ke-empat tahun 2019 ia tidak melambangkan langsung adanya kerjasama dan fokus kedua-dua pihak bagi memacu ekonomi negara untuk menggunakan tenaga buruh sedia ada di tempat yang betul dan sewajarnya,” kata Exco Ekonomi Pergerakan Wira Putra Malaysia, Ashraf Rosli,

Berikut adalah kenyataan penuh beliau;

Memetik dari rencana dalan The Edge “Take plumbing as an example.We tend to view it as a low-class job but these days, we have to make an appointment with them (in case a plumber’s services is needed). This is because plumbing is a very specialised field.”

Terjemahan Bahasa Melayu “Kita ambil contoh pertukangan paip. Pada masa kini kita sering memandang rendah terhadap pekerjaan pertukangan paip ini.

Walhal jika kita memerlukan perkhidmatan mereka, kita perlu membuat temu janji dahulu (merujuk kepada perkhidmatan tukang paip). Ini adalah kerana bidang pertukangan paip ini adalah satu bidang yang khusus.”

Persoalan yg ingin WIRA PUTRA utarakan di sini ialah setelah hampir 2 tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan, pernahkah Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Menteri Ekonomi Mohamed Azmin Ali duduk semeja dan berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara secara serius?

Apabila dilihat daripada laporan suku ke-empat tahun 2019 ia tidak melambangkan langsung adanya kerjasama dan fokus kedua-dua pihak bagi memacu ekonomi negara untuk menggunakan tenaga buruh sedia ada di tempat yang betul dan sewajarnya.

Contohnya, Menteri Sumber Manusia berkata, beliau hendak memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelan “Shared Prosperity 2030”.

Namun, pada pendapat Wira Putra pelan ini telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu dengan efektif dan tidak perlulah kita “reinvent the wheel” bagi program TVET ini.

Ia amat merugikan kantung kerajaan dan menggugat sistem yang sedia ada yang bukan sahaja efektif, tetapi telah berjaya melahirkan individu-individu berkemahiran untuk mengisi lompongan pekerjaan dalam industri berat yang berdaya-saing.

Perkara yang merunsingkan bagi Wira Putra sebagai anak muda pada masa kini dan hari ini, adalah kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat ketidakstabilan ekonomi sekarang, yang dilihat ‘memangsakan kaum Melayu yang dilihat semakin di tindas oleh Regim Pakatan Harapan.

Ditambah pula dengan kenyataan dari Menteri Sumber Manusia yang hanya memikirkan peluang pekerjaan yang akan datang dan tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada, mengakibatkan perencatan pelan ekonomi sedia ada.

Janganlah air di tempayan dicurahkan semata-mata mendengar guruh di langit.

Kerugian ekonomi daripada sumber manusia anak tempatan sedia ada ini, gunalah sebaik-baiknya demi memacu negara Malaysia, di saat kelembapan ekonomi tempatan dan global sangat terasa.

Kita hendak membincangkan hal TVET, akan tetapi graduan sedia ada seperti lepasan jurusan kewangan, perundangan dan lain-lain yang sedia, adakah kita hendak memaksa mereka untuk menukar jurusan mereka bagi memenuhi program pemerkasaan TVET ini? Bagaimana dengan masa depan mereka?

Siapa pula yang hendak menampung kos yang telah belanjakan untuk mendapat diploma atau ijazah sedia ada mereka, dan ditukarkan pula kepada kursus TVET ini sedangkan mereka ini masih lagi tidak bekerja.

Justru itu, kepada M.Kulasegaran Menteri Sumber Manusia, Wira Putra ingin menggesa Regim Pakatan Harapan agar satu bentuk penyelesaian yang mampan dengan kerjasama pihak swasta dilaksanakan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang baru hendak bekerja dan kepada penanggur yang sedia ada dalam pasaran bagi meningkatkan produktiviti negara.

Kepada Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan sukacita Wira Putra mengingatkan agar buatlah Whatsapp group dengan Menteri Sumber Manusia bagi merealisasikan satu juta peluang pekerjaan yang telah dijanjikan dalam manifesto bagi pilihan raya. SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button