Syarikat media labur RM10 juta buka kilang buat pelitup muka
SEBUAH syarikat media tempatan, Kumpulan Media Karangkraf akan melabur sebanyak RM10 juta untuk membuka kilang pembuat pelitup muka.
Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, fasa pertama operasi kilang yang berada di Shah Alam itu akan bermula 1 September ini.
Menurut Hussamuddin, selain berhasrat untuk menjualnya dengan harga murah matlamat pihaknya ialah untuk menghasilkan pelitup muka berkualiti, bersih dan suci terjamin
“Insyallah, Karangkraf akan membantu turunkan harga jualan serta bekalkan pelitup muka buatan Malaysia yang berkualiti, terjamin bersih dan suci serta memenuhi piawaan kesihatan dunia.
“Mesin-mesin pembuat pelitup muka yang berkelualiti, terjamin bersih dan suci serta memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan dunia sudah siap dipasang di Shah Alam.
“Operasi produksi komersial akan bermula September ini, Insyallah. Model perniagaan kami adalah Sustainable National Service.
“Saya yakin bila pelitup muka keluaran Karangkraf sudah mula dipasarkan September ini, pengguna di Malaysia akan mendapat faedah dari kejatuhan ketara harga jualan runcit dari harga siling yang agak tinggi sekarang. This profiteering must end,” tulis beliau dalam ciapan di Twitternya, @hussamuddin.-SM