Hiburan

Syamsul Yusuf akhirnya setuju ceraikan Puteri Sarah

SETELAH tiga bulan turun naik mahkamah, akhirnya Syamsul Yusuf bersetuju melafaz cerai terhadap Puteri Sarah Liyana Kamaruddin pada 18 April ini bagi mengakhiri kemelut rumah tangga mereka.

Puteri Sarah bersyukur kerana segala urusan itu mendapat kata sepakat dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Menurutnya, keputusan itu juga telah dicapai menerusi pertemuan kedua-dua belah pihak malam tadi.

Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah Liyana ketika hadir di mahkamah

“Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.

“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” katanya.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, kedua belah pihak sudah menyatakan persetujuan untuk bercerai.

“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod ke Mahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lebih lanjut berkenaan keputusan hari ketika ditanya wartawan.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya.

Hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai.

Bagaimanapun, JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat.

Pada 6 April lalu, Syamsul hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteriPuteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa sahaja keputusan JKP berhubung kes permohonan cerai itu.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan cerai mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar pada awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. -SM

ARTIKLE BERKAITAN :>

Tuntutan nusyuz: Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah

Kalau Sol tak nak lepaskan secara baik, Puteri Sarah bakal lantik Hakam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button