Polis telah mendapatkan perintah reman tujuh hari terhadap seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan ke arah isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu.
Majistret Rais Imran Hamid membenarkan perintah itu apabila Hafizul Hawari dihadapkan ke hadapannya di Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini.