Suspek yang terlibat dalam kes tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 didapati memiliki empat kad pengenalan milik individu lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, salah satu daripada kad pengenalan tersebut telah digunakan untuk mendaftar hotel di Kota Bharu.
“Disebabkan itu pihak hotel tidak dapat mengesan suspek adalah orang yang polis kehendaki,” katanya semasa sidang media di IPK Kelantan.