Surat terbuka kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong
Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun. Patik direct sahaja agar Tuanku segera memahami maksud surat ini.
Tuanku, masihkah Tuanku ingat pada tahun 1945, Harold McMichael dari Palestina diterbangkan ke Malaya untuk dua misi. Pertama membentuk Kerajaan baru Malayan Union. Kedua, menghapuskan kedaulatan Raja-Raja.
Pendek cerita, jika bukan perjuangan orang-orang Melayu ketika itu tidak mungkin Raja-Raja hari ini berada di atas takhta dengan megah.
Tuanku, pada tahun 2008 dan 2013, Pakatan Rakyat yang diketuai PKR dan DAP melaksanakan kempen kesamarataan maksudnya semua bangsa serupa termasuk kempen negara Republik tanpa Raja, kempen menghapuskan sistem Raja oleh Wan Ji yang didokong DAP.
Apabila mereka menang besar dan berkuasa di Perak, mereka dengan sombong mahu menyaman Sultan Perak. Karpal berkata, ‘jangan main-main dengan saya’.
Tuanku, patik ingin menyedarkan bahawa agen-agen subversif sangat aktif sekarang, hasil daripada kebebasan yang diberikan oleh pemerintahan PH. Hanya dalam 22 bulan sahaja, NGO-NGO asing yang dulunya sangat sukar memasuki Malaysia, kini sudah berada di lapangan membawa pelbagai agenda hidup bebas tanpa Raja.
Lihatlah betapa mudah NGO-NGO asing seperti USAID, NED, FNF, KAF, IRI dan banyak lagi kini semakin galak membawa pemikiran baharu atas nama human right hidup bebas tanpa Raja dan mempopularkan semangat Republik tanpa Raja.
Sebab itu patik sangat-sangat berharap Tuanku tidak dilekakan, jentera mereka juga masuk melalui media sosial supaya kita semua termasuk Tuanku leka, membawa norma baharu atas nama globalisasi, teknologi, tik-tok, FB, twitter dan pelbagai bentuk hiburan jiwa.
Mereka membawa mesej kebebasan konon lebih baik daripada berinstitusi Raja, mereka menghasut secara halus supaya Raja-Raja menjadi hero dengan mendedah diri dalam politik secara terang-terangan supaya martabat Tuanku setaraf dengan rakyat biasa yang berpolitik, merosakkan hubungan Tuanku dengan kerajaan Tuanku, yang akhirnya mengubah perlahan-lahan kedudukan Tuanku daripada constitutional monarchy kepada obsolete monarchy. Kerana mereka tahu Raja-Raja absolute monarchy lebih mudah diruntuhkan melalui revolusi berbanding constitutional monarchy.
Berhati-hatilah Tuanku, patik mengikuti gerakan ini sudah lama, dan kini mereka semakin menghampiri kejayaan di atas kelekaan dan keseronokan Tuanku mendedahkan diri secara berlebih-lebihan dalam politik dan buaian.
Mereka mahu Raja-Raja berpolitik setiap hari supaya mudah kepada ejen mereka atas nama rakyat menilai kelemahan Tuanku, supaya suatu hari nanti timbullah kebencian mereka kepada Tuanku tatkala Tuanku melakukan kesilapan. Ketika itulah mereka akan keluar dari tempat persembunyian untuk menghuru-harakan Tuanku dan pada masa yang sama terhuru-haralah negara.
Ampun patik Tuanku, pendek sahaja warkah terbuka patik, mudah-mudahan Tuanku sekeluarga serta Raja-Raja kita terhindar daripada kesumat mereka yang terpendam sekian lama.
Dr.Zach,
Kuala Lumpur,
30.7.2021
(Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis)