Rencah Hidup

Suntikan vaksin: Dah daftar ke belum?

NAK daftar atau tak nak daftar? Itu persoalan yang masih bermain dalam minda segelintir masyarakat kita apabila bercakap tentang suntikan vaksin Covid-19.

Bagi mereka yang telah mendapat suntikan, tahniah dan semoga sihat manakala bagi mereka yang berusia 60 tahun, ada berita terkini yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp hari ini.

Mereka yang berumur 60 tahun boleh mendaftar untuk vaksin astrazeneca selepas 26 Mei nanti.

Pendaftaran secara dalam talian, https://www.vaksincovid.gov.my/ boleh dibuat termasuk pada hari Ahad.

Menurut mesej yang diterima, penduduk sekitar Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, untuk golongan berusia 60 tahun ke atas, boleh mendaftar.

“Jika pendaftaran secara dalam talian melalui laman sesawang gagal, anda boleh mendaftar nama di pejabat kesihatan daerah,” catat mesej yang dikongsi dalam aplikasi WhatsApp yang sama.

Ada juga dalam kalangan penghantar mesej berkenaan, mengakui telah mendaftar di MySejahtera. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button