Negeri

JKM Sarawak agih bantuan makanan yang kena kuarantin Covid-19

Bajet RM50 seorang

KERAJAAN Negeri Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) gigih mengagihkan bantuan makanan kepada individu yang dikenakan perintah kuarantin Covid-19 di rumah, bermula 24 Mei ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu hanya untuk individu yang menerima arahan jalani kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penerima bantuan, katanya, akan menerima satu kupon bersama dengan perintah kuarantin yang dikeluarkan KKM.

Beliau berkata, kupon itu boleh digunakan untuk mengambil makanan melalui kaedah pandu lalu di Pusat Sehenti Covid-19 atau pihak JKM sendiri akan menghantar terus bantuan makanan ke rumah-rumah penerima mengikut situasi.

“Kadar bantuan bernilai RM50 seorang untuk tempoh 14 hari maksimum. Barangan makanan yang akan diagihkan merupakan makanan asas seperti beras, minyak masak, biskut, gula dan garam,” katanya seperti mana yang dilaporkan BERNAMA hari ini. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button