Nasional

Sultan Johor berbakat dalam seni pertukangan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai kemahiran yang tinggi dan sangat meminati seni pertukangan sejak dahulu lagi.

Malah, baginda juga sempat berkongsi beberapa keping gambar ketika melakukan kerja pertukangan kekemasan batu daripada spesis siput sebelum dijadikan cincin.

Titah baginda, minat dalam seni pertukangan sudah muncul sejak dahulu lagi.

“Saya amat meminati seni pertukangan sejak dahulu lagi, dan memiliki pelbagai barangan serta peralatan seni pertukangan seperti kanta pembesar, mesin pengilap, pahat, pengikir kayu dan sebagainya.
“Ada di antara barangan serta peralatan ini kepunyaan Almarhum ayahanda (Almarhum Sultan Iskandar), dan ada juga barangan saya, di mana dulu saya turut berkongsi bersama Almarhum ayahanda,” titah baginda dalam kenyataan itu.
Minggu lalu, baginda  berkenan mengurniakan cincin khas buat kakitangan istana Johor sebagai kenang-kenangan.

Idea tersebut terbit daripada hobi baharu baginda iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.

Titah baginda, Almarhumah bonda tuanku pernah mengurniakan satu cincin sebegitu ketika baginda muda dan kini ia diturunkan kepada Tunku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatnya sendiri.

“Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah baginda. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button