AgamaNasional

Suku Akhir Akdemi Qurra’, dua tersingkir

“KESALAHAN tajwid dan lagu taranum antara kelemahan yang dikesan peserta Akademi Qurra’ hingga membuatkan mereka tersingkir.”

Demikian kata Ketua Juri Program Akademi Qurra’, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman mengenai kedudukan dua peserta yang tersingkir pada minggu suku akhir program itu yang bersiaran di TV Alhijrah pada Sabtu lalu.

Dua peserta itu ialah Tilmiz Faridzuan dan Tilmizah Shafiyah yang masing-masing mendapat markah rendah dan dua kedudukan terbawah.

Menurut Ustaz Tarmizi, bagi mengelakkan kesilapan sama, peserta perlu kerap menjalani latihan bacaan dengan kawan-kawan supaya lebih mahir dalam lagu taranum.

Tilmiz Faridzuan masih mampu mengukir senyuman biarpun tersingkir.

“Secara keseluruhan peserta sudah mula dapat kenal pasti taranum yang diaju secara spontan, tapi ada satu dua peserta masih tercari-cari air lagu dan tak dapat menjawab dengan baik.

“Cabaran paling besar peserta apabila mereka diuji taranum secara spontan. Bila terlalu fokus yang pertama, yang kedua mereka dah samar.

Setakat ini baru uji dua taranum, di peringkat separuh akhir mungkin tiga serentak atau dua, tapi dengan masa yang agak panjang. Sebelum ini, dua taranum dua minit setengah hingga tiga minit.

“Mana-mana pertandingan tilawah peserta akan dapat awal taranum apa nak baca. Namun, dalam Akademi Qurra’ hanya surah dapat awal, taranum pula masa hari kejadian ketika mereka duduk di pentas. Itu yang ada peserta gementar dan kelam kabut. Sebab itu,  peserta perlu mahir kesemua tujuh taranum. Kalau kita tanya dan suruh baca mereka akan terus dapat,” katanya.

Hos Akademi Qurra’, Fakhrul UNIC (tengah) ketika mengumumkan dua peserta tersingkir.

Menurutnya, apa yang diharapkan pada peringkat separuh akhir minggu ini adalah peserta tidak lagi tercari-cari taranum apabila  diajukan.

“Penguasaan tajwid kena bagus. Asas tajwid tak boleh salah. Olaham taranum kena terbaik. Mgkin dalam bacaan boleh gabungkan taranum. Suara pula tak nak lagi ‘play safe’. Pendek kata nak mereka ‘all out’,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Akademi Qurra’, Saifulizzam Mohd. Lizah berkata, pihaknya juga tidak menjangka dua peserta yang tersingkir itu berada di dua kedudukan terbawah.

“Pada minggu keempat berlaku pertukaran mentor dan peserta. Bila tukar, kita nak bagi peluang mentor sesuaikan dengan peserta. Kemudian, minggu kelima kita beri peluang tidak ada yang tersingkir. Disebabkan minggu suku akhir kita buat dua penyingkiran.

Ketua Juri, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

“Cuma, sedikit terkejut kerana dua peserta tersingkir itu tidak pernah berada di kedudukan terbawah sebelum ini. Saya melihat perkembangan peserta dan mereka antara yang konsisten. Dua tiga kali juga kira markah peserta untuk pastikan. Tapi, memang mereka ada beberapa kesalahan dari segi tajwid dan taranum,” katanya.

Pada minggu suku akhir, kesemua peserta diberi dua tugasan yang mana tugasan kedua adalah Haflah Berkumpulan. Selain itu, Tilmiz Akasyah mendapat Anugerah Alunan Terindah.

Tilmiz Akasyah memenangi Anugerah Alunan Terindah.

Pada minggu separuh akhir ini, seramai tujuh peserta berentap sebelum mara ke peringkat akhir.

Program Akademi Qurra’ dihoskan oleh Fakhrul UNIC, disiarkan setiap Sabtu, pukul 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.

Sementara Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.

Artikel berkaitan > Akademi Qurra’ minggu kelima, tiada penyingkiran!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button