Nasional

“Suka Hati Nak Tukar Rumah Jadi Kuil, MBS Pun Cuma Berani Bagi Notis Sahaja!” – Penyokong

Biar pun Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan notis arahan untuk menghentikan kerja-kerja sebanyak tiga kali bermula dari tahun 2019, ia cuma sekadar notis dan bukanlah tindakan tegas.

Sehubungan itu, terdapat pihak yang mempercayai tujuan mereka mengubah suai rumah kediaman kepada struktur bangunan berbentuk kuil bukan astu kesalahan yang besar di Malaysia ini.

Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Halim Hassan mendedahkan kepada media bahawa kejadian itu berlaku berdekatan rumahnya di Taman Suria, Mantin, Negeri Sembilan.

Difahamkan, pihak MBS sudah mengeluarkan notis arahan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh bermulanya pengubahsuaian dari tahun 2019.

Namun isu ini tidak meleret panjang jika jiran berkenaan mengambil langkah mematuhi arahan MBS dan juga pihak MBS ambil tindakan tegas memastikan pematuhan berlaku.

Bagaimanapun, Halim berkata, dia tidak nampak sebarang tindakan seperti memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

“Ini kerana pemilik kediaman itu dipercayai mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

“Dan setelah beberapa kali aduan dibuat, masih tiada lagi tindakan susulan dari pihak MBS.

“Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata, Pada 29 Mac lalu, isterinya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan beranda rumah selain kerosakan pada cermin motorsikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.

“Kami bernasib baik kerana tidak ada ditempat batu bata jatuh dan kebiasaannya disinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.

“Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap didinding bilik dan ruang tamu.

“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertusuk dengan paku yang digunakan selain simen dan habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab,” katanya.

Susulan aduan Halim ke MBS, pemilik kediaman itu dipercayai menyerang dengan menumbuk kereta dan cermin sehingga retak.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Mantin, Nilai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button