Suhakam perlu berhenti terima dana asing
Beberapa NGO dan gabungan Organisasi Masyarakat Sivil (Civil Society Organisation@CSO) mendakwa ada pihak lain yang cuba mengawal Hak asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan mendesak untuk memulangkan semula dana asing yang diterima oleh kesatuan Eropah.
Menurut Lukman Sheriff Alias, desakan itu bertujuan SUHAKAM bebas dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan dari kuasa-kuasa asing yang mempergunakan badan itu untuk manfaat mereka.
“Mengikut Seksyen 19 Akta SUHAKAM juga melarang sama sekali menerima apa-apa dana asing kecuali untuk tujuan pendidikan dan kesedaran.
“Ini kerana, biasanya dana sedemikian mempunyai syarat berkait (dengan geopolitik tertentu) menyebabkan kita terpaksa ikut dengan nilai budaya mereka dan jelas sekali tidak sama diamalkan di Malaysia,” katanya.
Difahamkan SUHAKAM juga telah menerima tiga kali dana asing dan pada Disember 2022 malah telah menerima dana sebanyak RM2.3 juta termasuk daripada EU.
Jelasnya juga sejak barisan Pesuruhjaya SUHAKAM yang baru penggal 2022-2025 dilantik, dalam tempoh setahun ini ada pihak yang kurang senang dengan konsep yang dilaksanakan memandangkan sebelum ini banyak mengikut nilai barat.
“Kami ingin menyatakan bahawa SUHAKAM kini lebih inklusif berbanding dahulu. Sesi libat urus SUHAKAM kini bukan sahaja dengan CSO-CSO kiri yang membawa aspirasi liberal tetapi telah terbuka dan menyantuni CSO-CSO Islam yang terlibat dalam advokasi Hak Asasi Manusia (HAM).
Terdahulu, delegasi EU ke Malaysia dan Suhakam menandatangani kontrak untuk melaksanakan projek hak asasi manusia selama tiga tahun dengan anggaran geran berjumlah Euro 500,000 (RM2.31 juta).
Kontrak tersebut dimeterai Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad. – SM