BeritaNasional

Sugarbook: Jangan undang bala

PIHAK berkuasa mesti mengharamkan aplikasi Sugarbook daripada bertapak di Malaysia.

Menurut Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, gesaan itu perlu diambil serius tanpa banyak alasan.

“Pihak berkuasa mesti haramkan aplikasi ini daripada bertapak ke Malaysia. Mesti tegas jangan banyak takwil,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Malaysia sebagai negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam tidak dapat menerima konsep yang cuba diketengahkan oleh pengasas aplikasi itu bahawa seks adalah satu pilihan, bukan paksaan.

“Pengasas aplikasi Sugarbook berkata, seks satu pilihan bukan paksaan.

“Heh. Ini negara Malaysia, majoritinya orang Islam. Tidak ada agama yg suka iklan seperti ini,” katanya lagi.

Idris turut membangkitkan persoalan ke mana pihak terbabit hendak membawa rakyat negara ini memandangkan aplikasi sebegitu dilihat hanya akan menghancurkan masyarakat dan budaya tanpa mengira bangsa atau agama.

“Jangan undang bala. Gejala pelacuran yang ada sekarang sudah merupakan musibah. Jangan cuba memudahkan lagi kegiatan yang merosakkan tamaddun sebuah negara,” katanya.

Sugarbook adalah aplikasi mencari pasangan dalam talian yang disifatkan mempromosi aktiviti pelacuran.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sugarbook, Darren Chan berkata, aplikasi itu bagi menyediakan platform temu janji untuk wanita memilih secara bebas apa yang dikehendaki dalam hubungan ideal tanpa dinilai.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button