Hiburan
Sudah Tiba Masanya Wartawan Hiburan Berhenti Tanya Kisah Peribadi Artis!
Baru-baru ini tular satu video temuramah wartawan hiburan dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Wartawan hiburan dilihat mengambil pendekatan bertanya soalan peribadi berbanding kerja-kerja seni.
Tindakan itu ditemplak Noh Salleh dan beranggapan ia kelemahan media hiburan dalam negara.
Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dipersetujui wartawan hiburan kerana ia juga menjadi tugas mereka.
Apabila menghayati kenyataan Noh Salleh, mungkin yang diperkatakannya adalah benar dan relevan.
Kalau wartawan hiburan masih mahu bertanya kisah peribadi artis, wajar bertukar kepada wartawan tepi kain.