
Kempen #HappyBeautifulYear2025 nikmati promosi eksklusif Watsons
Sebagai sebahagian daripada kempen istimewa #HappyBeautifulYear2025, Watsons Malaysia memperkenalkan pelbagai tawaran hebat dan hadiah menarik buat para pelanggan. Buat pertama kalinya, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih, selain pertandingan eksklusif khas untuk ahli Watsons Club.
Menurut Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, “Ahli Watsons Club berpeluang memenangi wang tunai harian sebanyak RM8,888 serta hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,888,888. Untuk menyertai, ahli hanya perlu berbelanja minimum RM80 dengan menggunakan mana-mana kad Visa, sama ada di kedai fizikal atau secara dalam talian, sehingga 31 Januari 2025.”
Hadiah Percuma Eksklusif
Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Watsons turut menawarkan pelbagai hadiah percuma yang eksklusif untuk ahli, termasuk:
- Pek angpao dengan rekaan khas,
- Happy Beautiful Bag yang tahan lama dan boleh diguna semula,
- Periuk casserol Dessini Non-Stick (20cm) secara PERCUMA.
Tawaran Istimewa Lain
Selain itu, ahli Watsons boleh menikmati potongan segera sebanyak RM18 untuk pembelian produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan rambut, dan suplemen kesihatan dengan perbelanjaan minimum. Pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% bagi produk Bountiful Lifestyle melalui promosi Purchase with Purchase (PWP), termasuk alat kecantikan, koleksi eksklusif Unik, set karaoke mudah alih, dan banyak lagi.
Video Muzik Perayaan
“Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada video muzik Sim Leng Gor Leng Nin untuk kempen #HappyBeautifulYear2025 ini,” kata Phei Yong, Duta Watsons selama dua tahun. “Video kali ini penuh dengan keseronokan, tenaga, dan momen bermakna yang mencerminkan semangat perayaan melalui melodi dan gerakan tarian yang menarik.”
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi cawangan Watsons terdekat atau layari laman web rasmi mereka di www.watsons.com.my.
Syarat dan terma terpakai.