Hiburan

Adriana Adnan belajar lakonan di Jakarta demi Filem EMP4T

PELAKON dan pengacara terkenal, Adriana Adnan, mengambil langkah proaktif dengan menuntut ilmu lakonan sehingga ke Jakarta, Indonesia, bagi memperkukuhkan lagi skil lakonannya.

Adriana, 30, menyatakan bahawa beliau menyertai kelas lakonan selama lapan minggu di bawah komuniti seni Project Selasa (Prosa) pada tahun 2023.

“Saya sentiasa cuba memajukan diri. Saya belajar, bertanya kepada ramai pihak, dan menghadiri kelas di Indonesia. Penting untuk kita meningkatkan ilmu agar dapat membuktikan kepada pembikin filem bahawa kita mampu memberikan yang terbaik.

“Kelas Prosa di Jakarta ini berlangsung secara ‘on-off’ selama lapan minggu. Alhamdulillah, kerana ini sudah menjadi kerjaya saya, saya mahu pastikan usaha saya sepadan,” kata Adriana.

Menurut pelakon filem EMP4T ini, kelas tersebut mendapat sokongan ramai anak seni Indonesia seperti Reza Rahadian dan Chicco Jerikho.

“Sebulan saya pergi, kemudian balik, dan ulang lagi. Saya menyertai kelas ini atas cadangan rakan di Indonesia.
“Ia merupakan platform seni yang mendapat sokongan ramai pelakon terkenal, dan gurunya, Indra Pacique, juga seorang pelakon,” tambahnya.

 

Adriana kini membintangi filem seram paling dinanti-nantikan, EMP4T, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Januari 2025.

Filem terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah tersohor Ayez Shaukat Fonseka dan Silver Yee, dengan pengedaran oleh Mega Film Distribution.

Mengisahkan persahabatan, trauma, dan misteri ghaib, EMP4T membawa penonton mengikuti kehidupan empat sahabat – Sree (Adriana Adnan), Diana (Riesha Aslan), Arman (Syafie Naswip), dan Erika (Alvy Joanna).

Watak Sree, seorang gadis yang mampu melihat makhluk halus, mendepani cabaran hidup penuh trauma dan kesunyian. Bersama tiga sahabatnya, mereka cuba merungkai rahsia gelap yang menghantui mereka sejak zaman kanak-kanak.

Selepas satu kejadian aneh berlaku, keempat-empat sahabat ini mula diganggu oleh misteri sumpahan darah yang berkait rapat dengan masa silam Sree.

Dengan pengalaman mengarahkan filem seperti Ngesot dan aksi dramatik Projek Kahar Kapla High Council, Ayez Shaukat Fonseka menggabungkan elemen seram psikologi dan kisah persahabatan dalam EMP4T, menjadikan ia sebuah filem seram yang segar dan mendalam.

Menariknya, ini adalah kali pertama tiga daripada empat pelakon utama – Adriana Adnan, Alvy Joanna, dan Riesha Aslan – membintangi filem layar perak.

Saksikan filem EMP4T di pawagam berhampiran anda bermula 16 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi Lomo Pictures.

Artikle Berkaitan :>

Lomo Picture filem EMPAT tolak ia bermaksud “mati”!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button