Luar Negara

India nafi bantu perjalanan Presiden Rajapaksa

SELEPAS pejabat perdana menteri di Colombo diserbu penunjuk perasaan pada Rabu lalu Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri bersama isterinya menaiki pesawat tentera.

Hari ini India menafikan negara itu terbabit dengan sebarang perjalanan yang dilakukan Presiden Gotabaya Rajapaksa selepas beliau melarikan diri dari Sri Lanka.

Gotabaya tiba di Maldives pada hari beliau menaiki pesawat tentera bersama isterinya ketika tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahannya.

Semalam beliau dilaporkan meninggalkan Maldives dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines menuju ke Singapura, menurut lapor akhbar Daily Mirror Sri Lanka.

Gotabaya turut diiringi pasukan keselamatan khas Maldives sebelum menaiki pesawat, menurut laporan itu lagi.

Menurut kerajaan India pihaknya tidak mempunyai sebarang peranan dalam rancangan perjalanan Presiden Sri Lanka itu.

Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Tinggi India di Maldives menerusi catatan di Twitter menafikan sepenuhnya laporan tidak berasas yang mengatakan bahawa kerajaan India terlibat dalam transit @GotabayaR melalui Maldives.

Misi diplomatik India di Colombo dalam hantaran di media sosial pada Rabu turut menafikan “laporan media yang tidak berasas dan spekulatif” yang menyatakan India membantu Gotabaya keluar dari Sri Lanka. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button