Luar Negara
Suami ceraikan isteri lepas ‘Caesarean’ kerana tidak terima anak kulit gelap
HANYA kerana bayi yang baru sahaja dilahirkan berkulit gelap, seorang suami tergamak menceraikan isterinya selepas bersalin secara ‘Caesarean’ baru-baru ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Shanghai. Suaminya memohon untuk menjalani ujian penentuan bapa (paterniti) kerana tidak mahu menerima bayinya yang dilahirkan berkulit gelap.
Walaupun dipersetujui untuk menjalani ujian paterniti, wanita itu memberitahu bahawa kepercayaan antara mereka sebagai suami isteri telah hancur.
“Suami saya hanya termenung dan tidak mahu mendukung bayi kami. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kata wanita berusia 30 tahun itu.
Tambahnya, dia tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang berkulit gelap dan hanya setia pada suaminya.