Hiburan

STRIKE: Silat cult master

'Gabungan Seni Mempertahankan Diri Silat & Fiksyen Moden'

Filem-filem yang mengangkat seni mempertahankan diri seperti silat sudah selalu dihasilkan
lantaran ia diminati oleh penonton yang menggemari genre aksi.

Oleh yang demikian, syarikat produksi Katana Film turut tampil dengan dengan sebuah
naskhah yang diberi judul Strike: Silat Cult Master.

Penerbitnya, Mallory Lee berkata, kelainan yang ditampilkan dalam filem berkenaan apabila
ia menggabungkan aksi silat dengan kisah fiksyen moden.

“Idea untuk menghasilkan filem ini tercetus daripada inspirasi permainan video arked
pertempuran yang cukup popular sekitar era 90-an.

“Jalan ceritanya pula cukup ringkas dan saya lebih fokus kepada babak-babak aksi pertarungan
kerana saya yakin ia mampu menarik minat penonton filem aksi,” ujarnya yang juga bertinndak
sebagai pengarah.

Strike: Silat Cult Master berkisar tentang dunia pertarungan bawah tanah (underground), di
sebalik kisah seorang lelaki mencari pembunuh ibunya dan bergabung dengan beberapa
individu lain untuk menentang sebuah kumpulan yang kejam.

Mallory berkata, dia memilih silat untuk diangkat dalam naskhah berkenaan kerana ia adalah
salah satu cara untuk mempromosikan budaya Malaysia menerusi filem.

“Walaupun ada pelbagai seni mempertahankan diri, namun saya melihat silat ini lebih
berunsur heroik dan kaya dengan sejarah yang tersendiri.

“Misalnya kalau filem Hong Kong, ia sudah sinonim dengan Kung Fu. Jadi, saya ambil
pendekatan untuk memilih silat supaya dapat menarik penonton tempatan dan
antarabangsa,” ujarnya.

Dengan gabungan elemen silat dan fiksyen moden, Mallory menjelaskan dia melihat filem
Strike: Silat Cult Master ini sebagai satu perubahan trend dalam filem aksi di Malaysia.

“Ini bukan sekadar filem seni mempertahankan diri semata-mata, tetapi juga sebuah usaha
untuk membuka lembaran baharu dalam industri perfileman di Malaysia.

“Saya hara pia menjadi pencetus kepada trend baharu yang mampu memartabatkan silat di
peringkat antarabangsa dan mengubah persepsi penonton terhadap seni mempertahankan
diri ini,” ujarnya.

Akan ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2025, filem tersebut menampilkan barisan
pelakon seper= Aiman Ameer yang juga juara Hero Remaja 2023, Azri Safix (finalis Hero
Remaja) dan Fify Azmi.

Tidak ketinggalan juga pelakon-pelakon seperti Jay Iswazir, Trisha Ooi serta Ayez Shaukat yang
juga seorang penggus= tempatan yang cukup dikenali ramai.

SINOPSIS
Strike: Silat Cult Master mengisahkan tentang Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil terpaksa
melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) ketua kumpulan samseng yang turut bertindak
membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).

Semasa melarikan diri, Izra turut membawa sekali seutas loket misteri pemberian ibunya.

Kemudian, dia telah diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya telah menjadi guru silatnya.
Setelah dewasa, dia pergi mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya.

Semasa pencarian berkenaan, dia telah bertemu dengan beberapa individu lain yang turut
mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.

BARISAN PELAKON
AIMAN AMEER – Izra
FIFY AZMY – Suzan
AZRI SAFIX – Kris
JAY ISWAZIR – Abil
MUHAMMAD LOKMAN – Tok Rahmat
SEELAN MANOHERAN- Asura
AYEZ SHAUKAT – Malik
MANVIN KHERA – Songkro
COLLEEN AUGUSTINE – Nakira
TRISHA OOI – Salmah
FITRI FAROUK – Bartender
IQBAL RIEZKY HAIKAL – Izra (kecil)
MIRZA IDZ FIRTHS ABDUL AZIZ – Kris (kecil)
LIM KOET YENN – Suzan (kecil)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button