NegeriPendidikanRencah Hidup

“Steamboat halal” satukan murid Melayu dan rakan sekelas di sekolah Cina

IDEA Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Empat, Perlis menjadikan hidangan “steamboat halal” sebagai meraikan sambutan Tahun Baru Cina di sekolahnya memang dilihat menarik dalam usaha memupuk perpaduan antara kaum.

Tambahan pula satu pertiga daripada murid-murid sekolah ini adalah anak Melayu yang beragama Islam.

Kung Teik Seng

Kung Teik Seng berkata, beliau memang mahukan 42 pelajar Melayu di sekolah ini bersama dengan 72 pelajar Cina duduk semeja untuk menikmati “makan besar” yang menjadi amalan keluarga Tionghua pada setiap kali menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

“Saya mahu murid Melayu merasai pengalaman ini sekaligus dapat menyuntik semangat perpaduan antara kaum,” katanya pada sidang media.

Sehubungan itu, Teik Seng berkata, setiap meja ini akan dicampur antara murid Cina dan Melayu.

Teik Seng (kiri) menyenduk steamboat halal ke dalam mangkuk untuk murid-murid sekolahnya.

“Saya percaya suasana harmoni antara kaum di negara ini perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi,” katanya.

Selain itu katanya, murid-murid Cina akan memahami makanan halal yang boleh disajikan kepada orang Islam.

Katanya, steamboat dipilih sebagai hidangan kerana ia kini menjadi “trend” dalam kalangan anak muda Cina untuk makan besar.

Beliau berpuas hati kerana “steamboat” ini dibuat dari bahan yang halal dan penyediaan yang bersih.

Teik Seng berkata, kejayaan majlis ini juga hasil kerjasama Lembaga Pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan kakitangan sokongan sekolah ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button