Nasional

Projek infrastruktur di luar bandar akan terus diberi keutamaan – Ahmad Zahid

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memberi tumpuan kepada projek infrastruktur luar bandar dalam bajet bulan bulan hadapan.

Dalam masa sama, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain penekanan projek infrastruktur, terdapat lagi sektor lain yang turut diberi keutamaan.

“Saya telah memberikan penekanan bahawa terdapat tiga sektor lain yang menjadi keutamaan kepada Kementerian ini termasuk bidang pendidikan, bidang keusahawan, bidang industri dan juga pelaburan.

“Saya telah mengambil pendekatan menjemput semua exco daripada pelbagai pihak biarpun kerajaan negeri itu berbeza dengan kerajaan pusat demi kepentingan rakyat keseluruhannya khususnya rakyat luar bandar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara Menteri KKDW dan Exco Luar Bandar (MEXCLUB).

Selain itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan beberapa pendekatan baharu turut diangkat dalam mesyuarat itu untuk memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Beberapa game changer atau pendekatan baharu telah kita perbincangkan antaranya kita harus melihat dari segi outcome, bukan hanya output kepada projek-projek selama ini dilakukan oleh luar bandar.

“Dan game changer sendiri termasuklah antaranya melihat latihan dalam institusi tvet di bawah Kementerian ini yang jumlahnya sebanyak 286 insititusi,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, kebolehpasaran kursus yang dikendalikan oleh TVET dalam Kementeriannya turut harus diberi perhatian demi manfaat banyak pihak.

“Secara kebetulan saya juga adalah Pengerusi Majlis TVET Kebangsaan dan di sana terdapat 11 Kementerian yang berbeza yang menjalankan program-program yang menumpukan kepada program upskilling dan reskilling.

“Tetapi TVET untuk Kementerian ini telah memperlihatkan pencapaian outcome yang cukup tinggi di mana tahap keboleh pasarannya telah berada ditahap lebih daripada 98.5 peratus dan semua kursus yang dibuat ini dibuat adalah mengikut kesesuaian permintaan pasaran guna tenaga,” katanya.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button