Politik

Status Khairy Jamaluddin akan ditentukan selepas MKT bermesyuarat – Ahmad Zahid

Nasib dan status Khairy Jamaluddin sebagai ahli UMNO termasuk yang lain-lain mungkin akan diketahui selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bermesyuarat esok malam.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara fokus mesyuarat itu adalah untuk meneruskan agenda pembersihan UMNO secara besar-besaran.

“Tunggulah apabila MKT membuat mesyuarat. Untuk dia (Khairy Jamaluddin) secara individu tidak penting. Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran.

“Pembersihan secara besar-besaran itu termasuklah mereka yang mensabotaj parti dan calon parti di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara Menteri KKDW dan Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di Putrajaya.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut memberi hint golongan individu yang turut ‘menembak kaki’ sendiri semasa PRU-15 yang lalu berpotensi untuk ‘dibersihkan’.

“Bila besar-besaran itu maknanya adalah.. Insya-allah ada yang terasa atau yang belum terasa, Insya-allah esok malam akan terasa.

“Tak bolehlah saya bagitahu awal. Kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidaklah lagi menjadi strategi. saya haruslah embargo semua maklumat itu sehingga waktunya,” katanya.

Mengulas kenyataan Dewan Ulama PAS kononnya Ahmad Zahid telah memutar belit pendapat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau memberi jawapan sinis.

“Ya, kami tidak ada duit untuk sedekah. Jadi silalah sedekah ramai-ramai dari sumber yang tidak jelas datangnya dari mana,” balas Ahmad Zahid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button