Nasional
SPRM nafi keluarkan kenyataan media siasat wang sogokan PRK Slim
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk ‘SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim’ berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.
Namun begitu, SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM. -SM