Hiburan

Datuk Jalaluddin sedia bantu siasatan SPRM

PELAKON senior, Datuk Jalaluddin Hassan, 71, menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan sebuah syarikat perunding kewangan yang kini dalam perhatian.

Menurut Jalaluddin, penglibatannya dalam syarikat tersebut hanya terhad kepada peranan sebagai duta, di mana beliau sekadar menjalankan tugas promosi melalui platform media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi tersohor, Ziana Zain, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa syarikat tersebut dipercayai bersekongkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan golongan peminjam. Selain Jalaluddin dan Ziana, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, turut dilantik sebagai duta syarikat berkenaan.

Kreadit: Harian Metro

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button