Nasional

SPRM dapat izin dakwa Guan Eng

PEGUAM Negara memberi kebenaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Setiausaha Agung DAP yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur esok atas kesalahan yang disabitkan di bawah Seksyenn 16(a)(A), Akta SPRM 2009.

Ahli Parlimen Bagan itu juga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pagi Isnin hadapan (10 Ogos), untuk didakwa di bawah Seksyen 23, akta sama.

Kedua-dua pertuduhan, di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah berkaitan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan turut mendapat keizinan mendakwa daripada Peguam Negara untuk Guna Eng bagi kes berlainan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, bersabit Seksyen 23, Akta SPRM.

Pendakwaan itu akan dibuat pada Selasa hadapan (11 Ogos). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button