Nasional
SPRM cari saksi bantu siasatan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Teluk Intan, Perak sedang
mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan melibatkan kes tuntutan palsu.
Lelaki tersebut, Mohammad Amiruddin Saleh, 36, mempunyai alamat terakhir di 2R, Jalan Ismail Off Jalan Yahya Awal, 80100, Johor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohammad Amiruddin diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsyuhada Samsudin di talian 012-529 3753 / 05-623 1982 atau e-mel ke alamat [email protected]. -SM