Nasional
SPRM akan keluar kenyataan mengenai pelaburan FashionValet hari ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kerugian pelaburan RM43.9 juta yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet (FV).
Memetik Berita Harian difahamkan bahawa kenyataan itu akan dikeluarkan hari ini.
Ini berikutan laporan yang memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata bahawa kumpulan rasuah telah melancarkan siasatan berhubung perkara itu.
Azam berkata pelaburan itu melibatkan dana awam dan merupakan soal kepentingan awam.